MANUSIA aKAN BERTEMU DENGAN ALLOH SUBHANAHU WA TA'ALAA
Dari Ubaidah bin Ash Shamit ra. dari Nabi SAW, baginda bersabda
: "Barang siapa yang senang untuk bertemu dengan Allah, maka Allah
senang untuk bertemu dengannya, dan barang siapa yang benci untuk
bertemu dengan-Nya (Allah), maka Allah benci untuk bertemu dengannya".
Aisyah atau sebahagian isteri baginda berkata : "Sesungguhnya kami tidak
senang kematian". Baginda bersabda : "Bukan begitu, tetapi seorang
mukmin apabila kedatangan maut (mati) diberi khabar gembira dengan
keredaan dan kemurahan Allah, sehingga tidak ada sesuatu yang lebih
disukai dari pada apa yang dihadapinya, maka ia senang bertemu dengan
Allah dan Allah senang bertemu dengannya. Dan sesungguhnya orang-orang
kafir, apabila kedatangan maut diberi khabar gembira dengan azab dan
seksaan Allah, maka tidak ada sesuatu yang lebih dibenci dari pada apa
yang dihadapinya. Ia tidak senang bertemu dengan Allah dan Allah tidak
senang bertemu dengannya". (Hadis Riwayat Bukhari) - Hadis Qudsi.
Berdasarkan
hadis diatas jelaslah kepada kita bahawa di saat kematian seseorang
mukmin yang beriman dan bertakwa akan diberikan khabar gembira dengan
keredaan dan kemurahan Allah SWT akan dinampakkan tempat duduknya di
akhirat nanti. Dia akan merasai senang, gembira dan berbahagia dan tidak
sabar-sabar untuk bertemu Allah SWT dan Allah SWT juga senang dan suka
bertemu dengannya.
Sebaliknya pula
orang-orang kafir apabila kedatangan maut dan diberikan berita bahawa
dia akan diazab oleh Allah SWT kerana derhaka dan syirik kepada Allah
SWT maka dia merasai tidak tenang, benci dan takut akan menghadapi saat
kematiannya untuk bertemu Allah SWT. Allah SWT juga tidak suka bertemu
dengannya.
Allah SWT berfirman betapa sukarnya sakaratul maut itu:
Maksudnya
: "Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang
zalim berada dalam tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul
dengan tangannya, (sambil berkata), 'Keluar-kanlah nyawamu". (Surah
Al-An'am ayat 93).
Begitulah bagaiman maut itu menjemput orang zalim. Seperti kulit terkelupas secara pelan-pelan dari ujung kaki hingga kepala.
Syekh
Abdul Wahhab al-Sya’rani mengatakan, saat kata-kata kematian dan
sakatul maut itu disebut, para salafu soleh bergetar hatinya, bulu
romanya berdiri membayangkan bagaiman hal itu akan terjadi pada dirinya
suatu saat nanti. Titisan air mata langsung jatuh dari dua matanya,
memohon kepada Allah agar mengakhirkannya dengan khusnul khatimah dan
dimudahkan dalam sakaratul maut.
Sahabat yang dimuliakan,
Dalam hadis Nabi SAW yang lain menyatakan iblis akan datang kepada setiap anak Adam yang sedang menghadapi sakratul maut .
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Ya Allah aku berlindung kepada Engkau dari tipuan syaitan diwaktu sakaratul maut. “
Iblis
akan sentiasa mengganggu manusia, mulai dengan memperdayakan manusia
dari terjadinya dengan setitik mani hingga ke akhir hayat mereka, dan
yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul
maut.
Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.
Rombongan 1
Akan
datang Iblis dengan berbagai rupa aneh seperti emas, perak dan
lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.
disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya
sangat tamak dan haloba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan
disentuhnya barang-barang Iblis itu, pada waktu itu nyawanya putus dari
tubuh.
Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati su'ul khatimah, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan
datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan
diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, harimau, singa, ular
yang berbisa. Yang apabila orang yang sedang sakaratul maut itu
memandang ke binatang itu, maka dia pun menjerit dan melompat sekuat
hati.
Maka seketika itu juga akan putuslah
nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan
mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya adalah su'ul khatimah
dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan menyerupai binatang kesayangannya.
Apabila
tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang
kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka
matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT.
Matinya itu su'ul khatimah maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan
datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh
orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang
yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk
melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu.
Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai dalam keadaan su'ul khatimah dan nerakalah tempatnya.
Rombongan 5
Akan
datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak
mati itu, seperti ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman,
sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan
minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil
makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai
oleh Iblis, berkata dengan penuh kasih.
“Wahai
anakku inilah saja makanan dan bekal yang kami bawakan untukmu dan
berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang
kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami
masuk ke dalam syurga. “
Maka dia pun sudi
mengikut tawaran itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu
matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal di
dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan
datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulama-ulama yang membawa
banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lama sudah kami
menunggu akan dikau, ternyata kamu sedang sakit di sini, kerana itu kami
bawakan kepada kamu doktor dan ubat untukmu. “ Lalu diminumnya ubat,
itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang lagi.
Lalu
datang pula Iblis yang menyerupai ulama dengan berkata: “Kali ini kami
datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan
baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu. “
Berkata
ulama Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulama yang tinggi dan
hebat, baru saja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang
tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau
kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami. “
Ketika
itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke
kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam
kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis untuk
tujuan menggoda orang yang sedang dalam sakaratul maut).
Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama palsu:
“Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu berkata ulama’ palsu:“Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “
Ketika
tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka
orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang
sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Iblis: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah. “
Berkata
orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang
benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai enam sisi, iaitu benda
besar ini ada kiri dan kanannya, mempunyai atas dan bawah, mempunyai
depan dan belakang.
Sedangkan Zat Allah tidak
menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat
kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui
dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini. ”
Dalam
keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya,
maka matilah orang itu di dalam keadaan kafir dan kekal di dalam neraka
dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan
Iblis yang ketujuh ini terdiri dari 72 barisan sebab dari menjadi 72
barisan ialah kerana dia menepati hadis Nabi SAW bahawa umat Nabi
Muhammad akan terbahagi kepada 73 barisan). Satu barisan/golongan yang
benar iaitu ahli sunnah waljamaah, 72 yang lain masuk ke neraka karena
sesat.
Ketahuilah bahawa Iblis itu akan
mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu
berlainan di dalam waktu manusia sakaratul maut.
Oleh
kerana itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir
meninggal dunia akan talkin "Laa Ilaaha Illallah" untuk menyelamatkan
dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha
bersungguh-sungguh menggoda orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Disebutkan
dalam sebuah hadis yang maksudnya : “Ajarkan oleh kamu (orangyang masih
hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.
Sahabat yang dikasihi,
Memperbanyak
mengingat mati bererti memperbanyak amal kebaikan. Orang yang tidak
beramal baik atau dia berbuat kejahatan bererti dia tidak ingat dirinya
akan mati. Imam ad-Daqqaq berkata, "Barangsiapa memperbanyak mengingat
mati, dia dikaruniai tiga perkara: menyegerakan taubat, hati yang
qana'ah, dan semangat beribadah." (Imam al-Qurtubi, al-Tadzkirah fi
Ahwal al-Mauta wa Umuri al-Akhirah).
Jika
kita sukar untuk mengamalkan ikhlas atau tidak mampu mengawal hawa
nafsu, maka ketika itu ingat-ingatlah bahawa bila-bila masa saja kita
akan dijemput kematian yang tidak diduga-duga. Jika perlu kita contohi
para ulama dahulu yang memiliki cara tersendiri iaitu ada yang
bertafakkur, muhasabah tentang kematian, ada yang membaca kitab atau
hadis tentang mati atau ada pula yang sekedar melihat kubur (berziarah
kubur).
Oleh itu berpada-padalah di dunia
ini, tinggalkan perkara-perkara yang dimurkai Allah SWT seperti
berdusta, mengumpat, memfitnah, mengadu domba, mengambil rasuah,
mengamalkan riba dan segala bentuk amalan dosa dan maksiat. Ingatlah di
dunia ini adalah tempat beramal soleh dan di akhirat adalah tempat
balasan dan tempat yang kekal abadi.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar