Perpustakaan Az-Zahiriyah
dimana Syeikh Al-Albani banyak menghabiskan waktunya untuk menelaah kitab, terkadang
di meja khususnya di antara pengunjung dan terkadang membaca buku di
tangga-tangga perpustakaan. Dan menurut anak beliau, Abdul Latif, beliau sering
lupa makan dihari itu.
Dalam sebuah kaset ceramah milik Syeikh
Abu Ishaq Al-Huwainy yang berjudul “Ainal Ulama Ar-Rabbaniyun?”, beliau
menceritakan tentang ujian yang pernah menimpa guru beliau Syeikh
Al-Albani rahimahullah. Inilah cerita beliau:
Para ulama Rabbani dalam mengubah masyarakat itu
sungguh berat, kerana mereka memiliki dua tanggungjawab besar, yakni :
·
Membersihkan khurafat yang
tertanam di jiwa-jiwa manusia dan
·
Menancapkan
Islam yang sahih pada jiwa mereka.
Dan tatkala para alim Rabbani memikul tanggungjawab
yang berat sekali itu, merekapun juga diuji oleh berbagai tuduhan yang
disebabkan dari pemelintiran ucapan mereka serta penyebaran berbagai berita
dusta. Hampir-hampir tidak selamat seorangpun dari alim Rabbani dari hal
seperti ini sebagaimana dicatat dalam sejarah.
Cukup sebagai contoh adalah Syeikh Nasiruddin
Al-Albani, seorang ulama hadis abad inirahimahullah taala.
Syeikh Al-Albani adalah orang yang sangat banyak
sekali dinisbatkan kedustaan padanya, padahal tidak pernah beliau katakan.
Kerana sebab kedustaan-kedustaan itulah beliau pernah dicekal di sejumlah
negara. Maka tidaklah engkau lihat beliau memiliki suatu negeri ataupun tempat
tinggal. Hidup beliau diakhir masa hidupnya sengsara sekali. Seorang alim
semisal beliau terpaksa mengungsi. Kerana beliau berpendapat
haramnya safar ke negeri kafir, maka beliau tidak pergi ke Amerika
atau Perancis atau yang lainnya. Dan kalau tidak berpendapat demikian, mungkin
beliau akan mendapatkan kebebasan besar di negara-negara tersebut.
Selama 6 bulan terkatung-katung nasibnya di
perbatasan UEA! Beliau dilarang masuk ke sana! Juga dilarang memasuki Kuwait!
Dan juga memasuki Saudi! Dilarang memasuki Suriyah. Lantas bagaimana beliau
akan tinggal?
Dan tidaklah beliau bisa tinggal di Jordan saat itu
kecuali dengan tazkiyah(rekomendasi) khusus dari salah seorang murid
beliau, yakni Syeikh Muhammad bin Ibrahim Syaqrah, wakil kementrian waqaf
sekaligus Imam Masjid Dar Ash Shofwah.
Syeikh Ibrahim Syaqrah ini kemudian menemui Raja
Husain secara peribadi memintanya membolehkan Syeikh Nasiruddin Al-Albani
tinggal di Jordan. Itupun dengan kesepakatan agar beliau tidak ditemui
seorangpun saat itu. Dan juga mereka kemudian memaksa menulis di pintu rumah
(vila) Syeikh Al-Albani dengan tulisan “Dilarang didatangi lebih dari dua
orang!”. Jika ingin berjumpa harus melalui perjanjian melalui telefon.
Dan dihari-hari pertama mereka sangat mempersempit
sekali kepada Syaikh Albani,akan tetapi dihari-hari belakangan mereka
melupakannya hingga tidak ketat lagi dengan aturan-aturan ini.
Tatkala aku menemui Syeikh Al-Albani di Amman, beliau
mengundang sejumlah relasi untuk makan dan kebetulan aku disana. Kami saat itu
berjumlah 25 orang dan kukatakan pada syeikh: "Wahai Syaikh, bukankah ada
semacam banner peringatan bahawa dilarang masuk lebih dari dua orang?” Syeikh
Al-Albani berkata dengan cepat: "Mereka masuk dua orang dua orang
saja!"
Beliau yang alim ini tidak mendapatkan baginya tempat
yang nyaman. Sebelumnya mereka pun melarang durus beliau di Masjib
Umar di Zurqa, hingga beliau tidak memiliki tempat untuk memberi pelajaran
kepada talabul ilmi kecuali dirumah salah seorang mereka setelah
solat isyak.
Saat diselenggarakan Muktamar Assunnah dan Sirah
Nabawiyah di Mesir, mereka tidak mengundang Syeikh Al-Albani, padahal beliaulah
orang paling besar saat itu jasanya kepada kaum muslimin di abad ini bagi
sunnah dan sirah nabawiyah. Dan mereka tidak mengundang Syeikh Al-Albani
misalnya dengan mengatakan: "Kemarilah akan kami muliakan engkau”, tidak
ada salah satu anggota pertemuan itu yang berbicara demikian.
Adalah semisal mereka para ulama Rabbani ini,
lihatlah muamalah kepada mereka! Bagaimana mungkin kaum muslimin bisa
mendapatkan manfaat dengan ilmu mereka sedang mereka diusir diberbagai
negeri!?. Bahkan yang lebih aneh lagi, sejumlah kitab-kitab ulama diberbagai
perpustakaan dilarang, buku Tahzir As-Sajid, buku Hurmatut
Tashwir karya Syeikh Al-Albani dan Syeikh bin Baz dan sejumlah
ulama, Tahqiq Syarh At-Thahawiyah, mengapa wahai saudara-saudara kami?
Mereka mengatakan bahawa ini kitab terlarang, Al-Azhar telah memutuskan bahawa
kitab-kitab tersebut terlarang! Bagaimana bisa terlarang? Apakah kerana karya
dan peneliian dari Al-Albani? Beginikah bermuamalah dengan ulama-ulama Rabbani?
·
Menancapkan
Islam yang sahih pada jiwa mereka.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar