Syeikh Abdurrahman Nashir As-Sa’di berasal dari bani Tamim.
Beliau dilahirkan di Unaizah pada 12 Muharram 1307H (1886M). Ibunya meninggal
ketika beliau berumur 4 tahun yang disusuli ayahnya tiga tahun kemudian.
Syeikh As-Sa’di telah menghafal Al-Qur’an dan menguasai cara
pembacaannya sebelum usianya mencapai 11 tahun. Beliau kemudian dengan penuh
kesabaran melakukan pencarian terhadap ilmu-ilmu syariat dengan cara belajar
kepada beberapa ulama yang ada di kotanya mahupun ulama yang beliau kunjungi.
Di antara guru beliau adalah Syeikh Ibrahim bin Muhammmad bin
Hasir, Syeikh Muhammad bin Abdul Karim Asy-Syabil, Syeikh Shalih bin Utsaimin
(Qadhi Unaizah), Syeikh Muhammad Asy-Syinqithi dan yang lainya. Siapapun yang
mengaku gurunya adalah Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah dan ia
berbicara di atas kebenaran, maka Syeikh As-Sa’dy akan menjadi seorang pelajar
yang bersemangat sekali mengkaji karya-karyanya.
Sifat dan Pribadinya
Beliau perawakannya
pendek, gemuk, putih kemerah-merahan, wajahnya bulat, lebat janggutnya dan
berwajah tampan.
Beliau dikenal dengan
kemuliaan akhlaknya, selalu tawadhu' kepada sesiapa saja, bersikap zuhud
terhadap dunia, selalu menjaga kemuliaan dirinya meskipun sedikit harta yang
dimilikinya. Beliau juga selalu mengucap salam kepada anak-anak dan orang-orang
tua, selalu menjawab undangan, menjenguk orang sakit, mengiringi jenazah,
memenuhi kebutuhan siapa saja yang meminta kepadanya.
Beliau diberi keistimewaan
oleh Allah dapat menyelesaikan perkara-perkara pelik dengan mudah dan
menyelesaikan perselisihan-perselisihan dengan cerdik dan bijaksana.
Karakter yang paling
menonjol dari Syeikh As-Sa’di adalah kemuliaan akhlaknya. Beliau memiliki sikap
yang sangat ramah terhadap siapa saja baik masih muda maupun yang lebih tua.
Bila beliau berbicara dengan seseorang maka akan disesuaikan dengan kamampuan
pemahamannya dan disesuaikan apa yang paling bermanfaat baginya. Syeikh
As-Sa’di tidak merasa tertarik dan bahkan menjauhi gemerlapnya kehidupan dunia.
Beliau tidak pernah memperhatikan kedudukan, kekuasan maupun kemewahan
Karya-Karyanya
Karya-Karyanya
Syeikh As-Sa'di memiliki
perhatian yang besar dalam menulis, memudahkan penyebaran ilmu kepada para
penuntut ilmu dan orang-orang awam. Barangsiapa menelaah kitab-kitabnya akan
takjub dengan ibaratnya yang mudah dan keluasan maknanya. Beliau tidak pernah
menyibukkan diri pada ilmu yang tidak bermanfaat.
Di antara karya-karya
beliau ialah Tafsir Al-Qur’an (8 jilid), Hasyiah Fiqhiyah, Diwan Khutab,
Al-Qawa’idul Hishan, Tanzih Ad-Din, Rad ‘Ala Al-Qashimi, Al-Haq Al-Wadih
Al-Mubayyin, Bahjatu Qulub Al-Abrar, Ar-Riyadh An-Nadhirah dan lain-lain.
Wafatnya
Beliau hidup dalam keadaan merasa cukup atas nikmat Allah
dan dalam kesederhanaan sampai beliau diwafatkan Allah menjelang fajar hari
Khamis pada 23 Jamadilakhir 1376H (1955M) dan dimakamkan di Unaizah dengan
dihadiri oleh ratusan manusia yang tidak terhitung banyaknya.
Semoga Allah meredhai dan menempatkan beliau dalam
keluasan jannahNya
Tidak ada komentar:
Posting Komentar